Forbes Fictional 15

Forbes Fictional 15 ialah senarai yang disusun oleh majalah Forbes yang menyenaraikan 15 orang terkaya di dunia cereka. Orang-orang tersebut ialah tokoh filem, buku, kartun, televisyen, permainan video, dan komik. Senarai ini sering dikutip oleh pelbagai media massa.[1][2]Untuk masuk dalam senarai, setiap ahli harus "bersifat cereka (tidak termasuk tokoh mitologi dan cerita rakyat) dan merupakan watak (bahagian dari cerita naratif atau cerita bersiri)", dan tentunya kaya. Satu tokoh yang dikecualikan dari senarai ini ialah Santa Claus, nama mitologi yang menurut Forbes begitu "menggoda" untuk disertakan dalam senarai. Namanya telah dihapus dari senarai ini sejak 2006. Forbes menyatakan, "Kami menganggarkan kekayaan Santa Claus tidak terhingga, tetapi kami mengeluarkannya dari senarai tahun ini setelah menerima banyak surat kecaman dari kanak-kanak yang percaya Santa Claus ialah figura sebenar. Kami tidak boleh mendakwa telah menyelesaikan kontroversi tentang keujudan Santa Claus, tetapi setelah mempertimbangkan bukti fizikalya berupa mainan yang dikirim dan kek susu yang dimakan, kami berpendapat tiada salahnya mengeluarkan Santa Claus dari senarai ini."

Rujukan

WikiPedia: Forbes Fictional 15 http://www.forbes.com/2002/09/13/400fictional_2.ht... http://www.forbes.com/2006/11/20/forbes-fictional-... http://www.forbes.com/2007/12/11/richest-fictional... http://www.forbes.com/lists/fictional15/2011/forbe... http://www.forbes.com/special-report/2012/fictiona... http://abcnews.go.com/blogs/business/2012/04/forbe... http://www.luxist.com/tag/Forbes+Fictional+List/ http://archive.is/20121208165118/http://www.forbes... http://archive.is/20121209031322/http://www.forbes... http://archive.is/20130103215513/http://www.forbes...